Monday, 18 July 2016

BUDAYA DI MALAYSIA

BUDAYA DI MALAYSIA
Malaysia ialah negara yang mempunyai tiga kaum utama iaitu Cina,India dan Melayu.
 Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama BuddhaTaoisme atau Kristian, berbahasa MandarinHokkienHakkaKantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. 
India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur TamilMalayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh,Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.


Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia.



Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia.